Kenali Pulapau Baling
SEJARAH PULAPAU BALING
Pusat Latihan Pertahanan Awam (PULAPAU) Baling ditubuhkan pada 2 Februari 2001 secara tidak rasmi. Pembukaan secara rasmi adalah pada 1 Julai 2002. Keluasan Pulapau Baling adalah 5 Ekar. Terletak di jalan Weng, Baling Kedah. Tapak asal Pulapau Baling ialah bangunan Hospital Daerah Baling dimana ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian Kewangan dan Bahagian Pentadbiran. Komandan Pulapau yang pertama adalah Tuan Sharudin Bin Mazlan. Pada mulanya Pulapau Baling hanya mempunyai 2 kakitangan tetap dan 11 kakitangan sukarelawan tetap (STP).
Pada 1 Februari 2009, Pulapa Butterworth (Pulamed) telah diarahkan supaya bergabung dengan Pulapa Baling. Keputusan ini telah dibuat oleh pihak atasan IPPA. Hasil daripada pergabungan berlaku pertambahan kakitangan iaitu daripada 26 orang menjadi 53 kakitangan tetap manakala anggota sukarela pula seramai 17 orang. Kerja-kerja pemindahan barang-barang mengambil masa lebih kurang tiga bulan. LT KOL (PA) Mohd Noor Hassan Ashari Bin Haji Sulaiman telah diarahkan ke Pulapau Baling untuk menerajui sebagai komandan. Terdapat banyak pembaharuan telah dilakukan sedikit demi sedikit.
MISI & VISI PULAPAU BALING
MISI
Memberi imput yang berkualiti dalam latihan sekaligus dapat melahirkan output kuantiti pegawai dan anggota Pertahanan Awam yang berkemahiran dalam bidang kerja jabatan.
VISI
Menjadikan sebuah Pusat Latihan Pertahanan Awam utama yang mampu melahirkan pegawai dan anggota pasukan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang kemahiran menyelamat.
OBJEKTIF
Merangka, merancang dan mengadakan kursus dalaman atau luaran bagi menjamin kualiti dan perkhidmatan yang berkesan.
Melaksanakan kursus-kursus untuk pegawai dan anggota pertahanan awam bagi melengkapkan mereka dengan ilmu-ilmu dan kemahiran berkaitan supaya mereka akan berkeyakinan dalam memberi perkhidmatan cemerlang.
PERANAN
Melatih seramai mungkin pegawai dan anggota sukarelawan pertahanan awam yang mempunyai pengetahuan dalam aspek keselamatan dan pertahanan awam - Seksyen 3(2)c Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221).
Comments
Post a Comment