Kursus Sekolah Medik & Keselamatan (SMK)

Kursus Pemanduan Kenderaan Keselamatan

Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta terhadap peraturan dan undang-undang serta keselamatan di jalan raya. Memberikan pendedahan kepada pelatih mengenai aspek keselamatan dan penilaian risiko dalan pemanduan kenderaan kecemasan. Memberi pendedahan kepada pelatih faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya , teknik mengenalpasti risiko tersebut dan cara mengatasi dengan berkesan.

Meningkatkan kemahiran peserta terhadap teknik-teknik pemanduan secara selamat di litar dan jalanraya. Mempertingkatkan pelatih dengan teknik pemanduan "Defensive Driving". Mempunyai kecekapan yang tinggi dalam pengendalian kes kecemasan berdasarkan "circuit skill driving" yang telah diterapkan.







Kursus Pengendalian Haiwan Berbisa dan Merbahaya

Memberi pengetahuan secara menyeluruh kepada peserta kursus tentang pengendalian haiwan berbisa dan merbahaya.

Meningkatkan kemahiran peserta dalam menangani kes-kes haiwan berbisa dan merbahaya dengan kaedah yang betul dan selamat.







Kursus Road Accident Management (RAM)

Mendalikan sesuatu kemalangan jalan raya pada protokol yang telah ditetapkan. Mengetahui jenis kemalangan yang terjadi, mengetahui kesan atau impak kemalangan dan mengetahui peranan dan tugas responder pertama 991.







Kursus First Responder Life Support Level 1 (FRLS)

Memberi penekanan kepada pesrta kursus dalam bertindak menjadi seorang pertolongan cemas. Modul kursus adalah dibentuk mengikut kesesuaian keperluan seseorang ahli pertolongan cemas perlu lakukan kepada pesakit ataupun mangsa dan kepentingan-kepentingan yang perlu dilakukan semasa menilai dan merawat mangsa.






Comments

Popular Posts