Kursus Sekolah Personal & Teknologi Maklumat (SPTM)
Kursus Jurulatih Asas
Kursus Asas Kawad Kaki
Kursus Bakal Pegawai
Kursus Pegawai Tak Bertauliah
Kursus Kejurulatihan Kawad Kaki
Kursus Pengurusan Sajian
Diberi pendedahan kepada anggota untuk mempelajari ilmu menyelamat secara asas dan memberi peluang kepada mereka untuk menyampaikan ilmu yang di ajar kepada peserta kursus asas APM seluruh Malaysia.
Kursus Asas Kawad Kaki
Meningkatkan ilmu kemahiran yang tinggi dan meningkatkan kemahiran, kecekapan serta berkemampuan mengendalikan hal-hal berkaitan kawad kaki.
Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang-bidang kemahiran asas kawad kaki dan memastikan ilmu yang dipelajari mempunyai standard yang sama.
Kursus Bakal Pegawai
Mendedahkan anggota mengenai fungsi dan peranan seorang bakal pegawai. Memastikan penuntut memahami keutamaan pentadbiran anggota bawahan. Melatihdan memahirkan anggota mengenai komunikasi antara anggota bawahan dan pegawai atasan. Memastikan anggota bertindak mengikut protokol pentadbiran dalam melaksanakan tugas secara berkesan.
Kursus Pegawai Tak Bertauliah
Kursus ini bertujuan untuk kenaikan pangkat anggota pertahanan awam daripada prebet kepada Lans Koperal dan terus ke Pegawai Waran 1.
Kursus Kejurulatihan Kawad Kaki
Memastikan anggota memahami dan memahirkan diri dengan peraturan-peraturan dan prinsip-prinsip kawad. Melatih dan memahirkan anggota mengenai kemahiran mengajar pengajaran kawad individu dan kumpulan. Selain itu, meningkatkan kemahiran peserta terhadap tatacara hormat, berkawad, kawalan kuarter, kawalan kehormatan dan lain-lain dengan cara yang betul.
Kursus Pengurusan Sajian
Anggota akan dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam tugasan penyediaan serta penyajian makanan. Meningkatkan keupayaan semua peringkat anggota pasukan dalam melaksanakan tugas semasa kecemasan atau bencana. Mewujudkan sifat dan semangat ingin membantu masyarakat dan orang awam semasa situasi kecemasan atau bencana.
Comments
Post a Comment